|
SELAMAT HARI JADI TUAN PENGETUA |
|
Ditulis oleh Yusop bin Muhamad
|
|
Selasa, 03 Januari 2012 14:02 |
|
Sesi perhimpunan persekolahan pertama hari ini,dikejutkan dengan Pengumuman Selamat Hari Jadi Tuan Pengetua pada 3.1.2012 oleh Majlis Guru dan Kakitangan SMK Mahsuri. Semoga Murah rezeki, panjang umur,sihat selalu serta sentiasa diberkati ALLAH seisi keluarga. |
|
|
Tahniah Atas kejayaan PMR |
|
Ditulis oleh Yusop bin Muhamad
|
|
Selasa, 03 Januari 2012 13:54 |
|
Syukur Alhamdulliah, SMK Mahsuri sekali lagi berjaya mencatatkan peningkatan PMR untuk 4 tahun berturut selain melahirkan 16 orang pelajar semua A. SMK Mahsuri terus menjadi sekolah terbaik di Langkawi. Tahun 2008 = 61.04% Tahun 2009 = 67.89% Tahun 2010 = 68.28% Tahun 2011 = 69.59%
Tahniah kepada semua Guru, semua pelajar dan juga semua waris atas sokongan, usaha keras dan kepercayaan tuan-tuan dan puan-puan kepada SMK Mahsuri. Marilah bersama-sama terus meningkatkan SMK Mahsuri unggul di langkawi |
|
Hari Persekolahan Pertama 2012 |
|
Ditulis oleh Yusop bin Muhamad
|
|
Selasa, 03 Januari 2012 13:46 |
|
Pengetua dan semua warga pendidik SMK Mahsuri mengucapkan selamat datang kepada semua guru dan para pelajar baru sesi 2012. Pada perhimpunan pertama hari ini, Tuan Pengetua Tuan Hj Sabri Abdol Rahim turut mengumumkan; Guru dengan kehadiran 100% tahun 2011: 1. Pn Norhana Abd Hamid 2. Pn Tempawan Abd Aziz 3. Cik Noor Siti Zaleha Yusof 4. Cik Kamisah Shamsudin 5. En Yusop Muhamad
Staf yang tidak pernah mengambil Cuti Sakit (MC) 1. Pn Hjh Ku Patimah Ku Marzuki 2. Pn Rusnariza Ahmad Zubir 3. Pn Nioriza Hasin 4. Pn Intan Shafinee 5. Pn Nurain Sufini Abd Razak
Tahniah, selamat bertugas semoga Allah merahmati Semua warga SMK Mahsuri |
|
Terakhir dikemaskini pada Selasa, 03 Januari 2012 13:46 |
|
Kursus Komputer anjuran USM pada 20 -30 dis 2011 |
|
Ditulis oleh Yusop bin Muhamad
|
|
Sabtu, 26 November 2011 07:40 |
|
Dimaklumkan satu perjumpaan dan pendaftaran kumpulan akan diadakan di SMK Mahsuri Pada 17 Disember 2011.Semua pelajar yang telah menyerahkan nama mereka kepada Cg Faizal Abd Aziz sila dapatkan surat Taklimat tersebut di Pejabat sekolah Mulai 29 Nov.2011. Tolong hebahkan kepada rakan-rakan yang telah mendaftar.Maklumat daripada Penolong Kanan Pentadbiran. |
|
Terakhir dikemaskini pada Sabtu, 26 November 2011 12:18 |
|
PENDAFTARAN TINGKATAN 1 2012 |
|
Ditulis oleh Yusop bin Muhamad
|
|
Selasa, 22 November 2011 02:56 |
|
Dimaklumkan semua waris bakal pelajar Tingkatan 1 tahun 2012 di SMK Mahsuri. Pendaftaran Tingkatan 1 2012 akan diadakan pada; Tarikh : 1 Januari 2012 Hari : Ahad Masa : 9.30 hingga 11 pagi Tempat : Dewan Pandah Mayah, SMK Mahsuri Para Waris diminta melengkapkan Dokumen Pendaftaran 1 yang telahpun diedarkan melalui sekolah rendah anak-anak tuan/puan. semasa pendaftaran tuan diminta membawa anak tuan/uan bersama. |
|
|
<< Mula < Sblm 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 Seterusnya > Tamat >>
|
|
Mukasurat 1 dari 12 |